Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Kejayaan dan Kegagalan..
Segala puji bagi Allah s.w.t, kerana mengurniakan segala ujian di dalam kehidupan hambaNya.. Segala yang ditakdirkan pada hambaNya semuanya berpaksikan matlamat penciptaan manusia iaitu untuk bertakwa kepada Allah s.w.t.. Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa, Surah Al Baqarah ayat 21..
Semuanya yang hadir di dalam hidup ini merupakan ujian untuk menentukan samada manusia itu terus teguh dalam jaringan takwa yang hakiki tewas dan berpaling daripada hidayah Allah s.w..t apabila diberi nikmat atau ditimpa musibah.. Termasuklah kejayaan dan kegagalan keputusan yang kita harungi di dalam medan peperiksaan semester bagi kita sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,
Kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi di dalam medan peperiksaan di Universiti bukanlah satu perkara hakiki yang perlu dinikmati atau dikesali.. Sebagai manusia yang beriman ianya bukannya kayu pengukur kejayaan atau kegagalan kepada kita yang mentauhidkan Allah s.w.t dan membenarkan Saidina Rasulallah s.a.w..
Sebaliknya, apa yang penting ialah bagaimana dan apakah natijah kejayaan dan kegagalan di medan peperiksaan kepada tahap keyakinan terhadap pencipta kita.. Allah s.w.t?.. Apakah bertambah keimanan kepadaNya atau sebaliknya?..
Sewajarnya kejayaan atau kegagalan yang dikecapi menjadi alat untuk bermuhasabah diri sebagai seorang hamba.. Dimanakah tahap ketakwaan kita kepada Allah s.w.t?. Dimanakah keyakinan diri kita terhadap sesuatu takdir yang menimpa diri?. Apakah kita yakin ianya daripada Allah s.w.t.... Kerana, Orang yang beriman pasti menyakini setiap sesuatu itu ada hikmahnya daripada Allah s.w.t..
Maka, detik inilah sewajibnya kembali bertadabbur dengan kalam Allah s.w.t untuk menambahkan keyakinan pada Allah s.w.t.. Dengan mencari hikmah setiap sesuatu perkara dan meyakini setiap yang ditakdirkan adalah sesuai dan setimpal dengan keadaan manusia.. Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat ke- 286 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya”..
Muslimin dan Muslimat,
Bagi mereka yang menkecapi kejayaan.. Ingatlah, pesanan Baginda s.a.w tentang sifat manusia yang sering mudah alpa apabila mengecapi nikmat kesenangan dan kesihatan yang sempurna.. Ramai manusia ketika berjaya atau mendapat kesenangan berpaling daripada Allah s.w.t.. Cuba kenangkan kisah Qarun yang dirakamkan di dalam Al Quran.. Bagaimana pada asalnya seorang yang tidak Berjaya di dalam kehidupannya.. Tetapi, sangat taat pada Allah s.w.t dan setia pada Nabi Musa a.s.. Namun, apabila dianugerahkan nikmat yang sementara dan diberi Berjaya dalam perniagaannya.. Maka dia berpaling daripada Allah s.w.t.. Akhirnya, diazabkan oleh Allah s.w.t..
Begitu juga dengan nikmat sihat.. Berapa ramai antara kita ketika sihat ini sering melazimi kalimah Allah s.w.t?. Namun, berbeza ketika kita ditimpa sakit.. Ketika sakit barulah nama Allah s.w.t menjadi alunan di bibir.. Samalah seperti saudara dan saudariku yang ditimpa kegagalan.. Semuanya ingin menguji kalian sejauh mana tautan pada Allah s.w.t.. Orang yang beriman tidak akan putus asa pada Allah s.w.t.. kerana mereka mengatgahui hanya mereka yang kafir akan berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 56 "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,
Sebagai akhirnya, ingatlah.. Tidak selamanya kita yang berada di puncak kejayaan akan sentiasa berada di atas.. Begitu juga kita yang berada di lembah kegagalan sementara.. Tidak selamanya kita berada di bawah.. Pasti kita akan mencuba mendaki puncak kejayaan dan akhirnya pasti sampai ke puncaknya.. Apa yang penting ialah bagaimana kita menjadikan takdir Allah s.w.t ini sebagai alat untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Bagaimana kita menghamparkan kehambaan kepada Allah s.w.t ketika mencapai nikmat dan musibah..
: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Sekian, Terima Kasih..
Al Fakir Ila Allah..
Final Exam Countdown
Tuesday, December 30, 2008
Berjaya dan Gagal Peperiksaan Universiti.. Apa bezanya?
Sunday, October 19, 2008
Friday, October 17, 2008
Majlis Solat Hajat Perdana
Selawat Dalam Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Assalamualaikum wbt.
DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hak seorang Islam terhadap seorang Islam yang lain adalah sebanyak enam perkara: 1- Apabila engkau berjumpa hendaklah memberi salam kepadanya, 2- Apabila dia menjemput hendaklah diterima jemputannya itu, 3- Apabila dia minta nasihatmu maka nasihatilah dia, 4- Apabila dia bersin dan memuji Allah maka hendaklah engkau doakan pujian itu dengan berkata Yarhamkallah, 5-Apabila dia sakit lawatilah dan 6- Apabila dia meninggal dunia iringilah jenazahnya.”
Exco Akademik PMI, dengan ini ingin menjemput semua warga Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia untuk ke Majlis Solat Hajat Perdana.
Majlis akan bermula solat Maghrib. Majlis Bacaan Yassin. Selepas Solat Isya', akan diikuti dengan solat Hajat.
Majlis ini adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Islam dengan kerjasama Majlis Penghuni Desasiswa Jaya dan Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran.
Berikut adalah butiran mengenai majlis tersebut.
Tempat : Pusat Islam
Tarikh : 23 Oktober 2008
Waktu : Waktu Maghrib
Semua warga kampus dijemput hadir
Adobe Tutorial 1
The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: "If anyone travels on a road in search of knowledge, God will cause him to travel on one of the roads of Paradise. The angels will lower their wings in their great pleasure with one who seeks knowledge. The inhabitants of the heavens and the Earth and (even) the fish in the deep waters will ask forgiveness for the learned man. The superiority of the learned over the devout is like that of the moon, on the night when it is full, over the rest of the stars. The learned are the heirs of the Prophets, and the Prophets leave (no monetary inheritance), they leave only knowledge, and he who takes it takes an abundant portion. - Sunan of Abu-Dawood, Hadith 1631
Asslamualaikum ! As for today, we've decided to teach you on how to use your Adobe Photoshop...
It's best to use Adobe Photoshop CS2 or Cs3 as they are the latest versions. It is just extra knowledge in what we're learning. Enjoy.


Press Ctrl+T. Right Click and select Warp. Select "Flag" style from the preset warp shapes. Apply settings as shown.





You can also use other color, use your own creativity to make it more interesting... I hope you'll like it. Enjoy!
Laporan Kelas IFE - Minggu Ke-3 (15 Oktober 2008)
Selawat Dalam Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Assalamualaikum wbt.
MANUSIA tidak luput daripada salah, khilaf dan dosa. Namun sebaik-baik orang yang berbuat salah dan dosa adalah mereka yang cepat kembali kepada Allah SWT seraya memohon ampun kepada-Nya.
Ini yang dikatakan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah SWT itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)
Mechanic EngineeringExco Akademik PMI memohon kemaafan kepada semua pelajar pada tahun pertama, kerana memberi maklumat yang salah mengenai kelas Mechanic Engineering oleh Dr Roslan telah dibatalkan. Diharap pada hari itu, ia tidak membawa masalah-masalah besar kepada adik-adik pada hari tersebut. Segala perkara yang berlaku itu ada hikhmahnya. Kita, manusia yang dikurniakan akal oleh ALLAH SWT, harus memikirkan sejenak untuk menambahkan taqwa kita sebagai hamba-Nya.
Mathematic Engineering
Hari : Rabu
Tarikh : 15 Oktober 2008
Tempat : Dewan Kuliah 2
Pn. Norizah telah membuat semakan berkenaan skema jawapan yang telah dihantar oleh pelajar tahun pertama mengikut susunan soalan dan tahun. Dukacita dimaklumkan bahawa, komitmen pelajar tahun pertama agak kurang memuaskan dalam menyiapkan skema jawapan untuk soalan-soalan tahun lepas. Pn. Norizah memberi peluang kepada pelajar tahun pertama yang masih belum menyiapkan tugasan mereka sehingga hari Jumaat, 17 Oktober 2008.
Pn. Norizah memaklumkan bahawa satu kelas terakhir bagi Mathematic Engineering akan dibuat pada, Hari Selasa bersamaan 28 Oktober 2008. Semua pelajar tahun pertama dijemput hadir.
Wednesday, October 15, 2008
Tuesday, October 14, 2008
Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”
Riwayat at-Tirmizi
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Monday, October 13, 2008
Skema Buku Mechanic Engineering
Huraian
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.
Di sini ada link untuk student-student 1st year untuk mechanic engineering . Ini merupakan jawapan yang terdapat di dalam buku rujukan yang digunakan. Untuk download jawapan ini boleh lah ke :
http://pmi.eng.usm.my/download/Mechanic_Engineering.rar
(Credit to Exco Teknikal PMI)
Pastikan anda ada sofware 'Winrar' dan juga 'Adobe Reader' untuk menggunakan fail ini.Semoga ia memberi manfaat kepada semua.Wasalam
(Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi bahan-bahan seperti ini dan ingin meng'host'kannya untuk kegunaan semua, bolehlah menghantar ym anda di cadangan dan komen)
Laporan Kelas Intelect Final Exam 2 (8 Oktober 2008) Anjuran Exco Akademik PMI
Hari : Rabu
Subjek : Matematik Kejuruteraan
Tempat : Dewan Kuliah 2
Anggran Pelajar : 95 orang
Aktiviti :
- Pelajar-pelajar tahun pertama dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing yang terdiri daripada 3-4 orang dalam setiap kumpulan.
- Pada Keesokkan harinya,pelajar-pelajar yang dibahagikan ini, akan mendapat tugasan untuk membuat soalan-soalan tahun lepas.
- Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar ke emel Pn. Norizah selewat-lewatnya 13 Oktober 2008.
Tarikh : 8 Oktober 2008
Hari : Rabu
Subjek : Mekanik Kejuruteraan
Tempat : Dewan Kuliah Mekanik 1
Anggran Pelajar : 95 orang
Aktiviti :
- Dr Roslan mengajar topik Moment.
- Didapati ramai pelajar mendapat manfaat dalam kelas tersebut.
4 Kunci Kebahagiaan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”
Riwayat Ibnu Hibban
Huraian
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Ibadat : Kesabaran Mengerjakan Ibadah
Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya.
Riwayat al-Bukhari dan muslim
Huraian
1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di atas dunia ini bagi seseorang iaitu keluarganya, kekayaannya dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkan ketiga-tiga perkara itu sebaiknya.
2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal ialah amalannya. Walau bagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah, juga akan bermanfaat kepada si mati
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Tuesday, October 7, 2008
Intelect Final Exam (Minggu Ke-2)
Mathematic Engineering
2.30 - 3.30 ptg
Dewan Kuliah 2
Mechanic Engineering
5.00 - 6.00 ptg
Bilik Seminar Mek1 (tingkat bawah)
Dijemput semua Pelajar tahun satu utk meramaikannya.
Sunday, September 28, 2008
Arkib Akademik PMI
Abstrak :
Persatuan Mahasiswa Islam perlu mengorak langkah dalam merancang sesuatu yang lebih jauh kedepan. Perancangan yang teliti mengenai sesuatu projek pada masa kini akan dapat member kesan pada masa akan dating. Exco Akademik PMI, memperkenalkan Arkib Akademik PMI.
Pengenalan :
Arkib Akademik PMI adalah sesuatu yang baru diperkenalkan pada tahun ini namun perjalanan projeknya mungkin pernah dijalankan pada sebelum ini. Ia merupakan projek untuk mengumpul soalan-soalan kertas peperiksaan untuk kegunaan ahli-ahli PMI. Seperti projek ‘Kumpulan Smart Group’, projek ini juga akan menggunakan pendekatan kumpulan akrab.
Rasional :
Mewujudkan satu arkib soalan-soalan akademik bagi setiap subjek dan mengikut pusat pengajian. Disebabkan ini merupakan tahun pertama menjalankan aktiviti ini, Exco Akademik akan menumpukan terhadap subjek-subjek tahun pertama kejuruteraan.
Modus Operandi :
1. Naqib/naqibah akan membeli sebuah fail kertas.
2. Apabila tiba masa tamat satu sem atau pada permulaan sem baru, para naqib/naqibah akan mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli akrab.
3. Naqib/Naqibah akan meminta ahli-ahli akrab menghantar segala soalan-soalan tutorial dan soalan-soalan kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas beserta dengan jalan kerjanya. (Jika ahli akrab ingin menggunakan soalan-soalan tersebut untuk kegunaan lain, minta dibuat salinan fotostat)
4. Setelah dikumpulkan, para naqib/naqibah perlu menghantarkan kepada exco akademik untuk disimpan.
5. Pada sidang akan dating, fail-fail yang dihantar ini akan diberikan kepada para naqib/naqibah untuk digunakan dalam slot akademik perjumpaan akrab.
Senarai Subjek yang diperlukan :
1. Mathemathic Engineering
2. Mechanic Engineering
3. Material Engineering
4. Technology Electric
Penutup :
Diharap semua ahli Persatuan Mahasiswa Islam dapat memberi kerjasama dalam menjayakan projek ini. Setiap ahli memberi impak yang besar dalam menjayakan projek ini. Bagi naqib/naqibah, anda merupakan nadi penggerak bagi permulaan menjayakan program ini.
Kumpulan Smart Group
Abstrak :
Melalui perancangan yang dibuat oleh Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Islam pada sidang 2007/2008, kumpulan smart group merupakan salah satu cabang aktiviti yang dianjurkan oleh exco akademik. Namun begitu, aktiviti ini tidak mendapat sambutan dan mempunyai pelbagai masalah yang perlu diatasi. Sehubungan dengan itu, exco akademik 2008/2009, akan membuat sedikit pembaharuan dengan projek ‘Kumpulan Smart Group’.
Pengenalan :
Kumpulan Akrab merupakan salah satu aktiviti konsisten di bawah kelolaan exco tarbiyah Persatuan Mahasiswa Islam. Kumpulan akrab ini dilihat mempunyai potensi yang besar dalam melakukan segala aktiviti yang dijalankan oleh PMI. Melalui kumpulan akrab ini, Exco Akademik ingin menggunakan pendekatan kumpulan akrab untuk menjayakan projek ‘Kumpulan Smart Group’. Dalam perjumpaan kumpulan akrab, naqib/naqibah perlu mewujudkan slot baru selain slot-slot yang ditelah digariskan oleh Exco Tarbiyah.
Rasional :
Akademik merupakan matlamat utama bagi seseorang pelajar. Seseorang pelajar tidak boleh lari daripada tugasan yang diberikan oleh pensyrah. Bagi sesetengah pelajar, mereka perlu dibantu supaya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Melalui kumpulan akrab, projek dapat meluaskan lagi fungsi dan skop kumpulan akrab supaya ia lebih meluas lagi selain meningkatkan silaturahim dan sikap tolong menolong antara satu sama lain. Tambahan pula, kebanyakan ahli kumpulan akrab adalah daripada pusat pengajian yang sama. Ia akan meningkatkan lagi keberkesanan ‘Kumpulan Smart Group’.
Modus Operandi :
1. Naqib/Naqibah kumpulan usrah akan memaklumkan perjumpaan kumpulan akrab mengenai perjumpaan mingguan dan juga mengingatkan ahli-ahli kumpulan usrah untuk membawa soalan tutorial bagi subjek Mathematic Engineering (Contoh. Soalan tutorial ini akan digunakan di dalam slot akademik)
2. Perjumpaan kumpulan akrab dijalankan seperti biasa mengikut slot-slot yang disusun oleh naqib/naqibah sendiri.
3. Pada waktu slot akademik tiba, naqib/naqibah mengarahkan ahli-ahli usrah untuk mengeluarkan soalan tutorial tersebut. Naqib/naqibah akan menyemak kerja-kerja atau jalan kerja yang telah dibuat oleh ahli-ahli usrah.
4. Jika terdapat soalan yang bermasalah, para naqib/naqibah akan cuba untuk membantu dengan sedaya yang mungkin ataupun memberi ruang ahli-ahli usrah untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka semasa membuat soalan latihan tersebut.
5. Jika masih mempunyai masalah, para naqib/naqibah akan mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. (Contohnya, cadangan berjumpa pensyarah atau cadangan buku rujukan dan nota)
Senarai Slot Akademik :
1. Membuat soalan-soalan tahun lepas.
2. Membuat soalan-soalan tutorial.
3. Membuat soalan-soalan daripada buku rujukan.
4. Membuat kelas pengajaran dan pembelajaran ringkas.
5. Perbincangan tips oleh para naqib/naqibah.
6. Membuat nota ringkas.
Senarai Subjek :
Bagi pelajar tahun pertama, subjek-subjek yang digalakkan adalah subjek umum seperti Mathematic Engineering, Mechanic Engineering dan banyak lagi (mengikut kesesuaian kumpulan).Bagi pelajar tahun dua dan ke atas, subjek-subjek yang boleh diadakan adalah subjek yang boleh diadakan mengikut kesesuaian ahli kumpulan masing-masing.
Penutup :
Diharap semua ahli Persatuan Mahasiswa Islam dapat memberi kerjasama dalam menjayakan projek ini. Setiap ahli memberi impak yang besar dalam menjayakan projek ini. Bagi naqib/naqibah, anda merupakan nadi penggerak bagi permulaan menjayakan program ini.
JEMPUTAN KE KELAS INTELECT FINAL EXAM
Merujuk perkara di atas, Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Islam untuk menjemput ahli-ahli PMIUSMKKj untuk menyertai program pemantapan akademik pelajar untuk sidang 2008/2009.
2. Kelas Intelect Final Exam merupakan aktiviti yang dijalankan hampir setiap sidang ini, adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar Tahun 1. Kelas ini merupakan kelas tambahan untuk para pelajar bersama-sama dengan pensyarah selain dari waktu kuliah. Berikut adalah butiran mengenai kelas tersebut :
Engineering Mathematics
Masa : 2.30 ptg – 3.30 ptg
Hari : Setiap hari Rabu
Tempat : Bilik Tutorial/Bilik Kuliah PPKEE
Perjalanan Program : Minggu 12 – Pendaftaran ke kelas IFE
Minggu 12 – 24 September 2008 – Kelas 1
Minggu 14 – 8 Oktober 2008 – Kelas 2
Minggu 15 – 15 Oktober 2008 – Kelas 3
Minggu 16 – 22 Oktober 2008 – Kelas 4
Minggu 17 – 29 Oktober 2008 – Kelas
Modul : Soalan Tutorial dan soalan-soalan tahun
lepas
Engineering Mechanics
Masa : 5.00 ptg – 6.00 ptg
Hari : Setiap hari Rabu
Tempat : Bilik Kuliah MEK 1 (PPKM)
Perjalanan Program : Minggu 12 – 24 September 2008 – Kelas 1
Minggu 14 – 8 Oktober 2008 – Kelas 2
Minggu 15 – 15 Oktober 2008 – Kelas 3
Minggu 16 – 22 Oktober 2008 – Kelas 4
Minggu 17 – 29 Oktober 2008 – Kelas 5
Modul : Soalan daripada buku ‘STATIC’ dan
‘DYNAMIC’
3. Kerjasama dan perhatian daripada ahli-ahli PMI sekelian amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Pembentangan Perancangan Exco Akademik Sesi 2008/2009
| 1.1 Semester 1 1.1.1 Subjek : Mathematic Engineering Pensyarah : Pn. Norizah Mohamad Masa : Minggu ke-12 dan 3 minggu selepas Cuti Raya Modul : Soalan Past Year dan soalan Tutorial Aktiviti : Minggu 12 – Pendaftaran Kelas di PPKEE (luar bilik Pn.Norizah) Minggu 14 – Kelas pertama ; Hari : Rabu Masa : 2.30 pm – 3.30 pm Minggu 15 – Kelas kedua ; Hari : Rabu Masa : 2.30 pm – 3.30 pm Minggu 16 – Kelas ketiga ; Hari : Rabu Masa : 2.30 pm – 3.30 pm 1.1.2 Subjek : Mechanical Engineering Pensyarah : Dr.Roslan Catatan : Modul,masa serta aktiviti untuk Mechanic Eng tidak dapat ditetapkan lagi kerana masih tidak mendapat maklum balas daripada Dr.Roslan. 1.2 Semester 2 Catatan : Kelas untuk Intellec Final Exam masih akan diteruskan bagi Subjek : i. Mathematic 2 Engineering ii. Technology Electric |
2. Kumpulan Smart Group
| 2.1 Sasaran peserta : Ahli kumpulan akrab (setiap kumpulan akrab membentuk satu kumpulan study group) Masa : Semasa perjumpaan kumpulan akrab Modul : Soalan-soalan tutorial dan past year Catatan : Naqib dan Naqibah memainkan peranan penting untuk memastikan sedikit masa diluangkan semasa perjumpaan kumpulan akrab bagi adik-adik membuat study group membincangkan masalah tutorial dan past year. |
3. Bacaan Yassin Dan Solat Hajat Perdana
| 3.1 Masa : Selepas cuti Raya Aidilfitri Tempat : Pusat Islam Sasaran peserta : Pelajar kampus kejuruteraan Catatan : Air mineral dan risalah doa akan diedarkan kepada pelajar pada hari kejadian. |
4. Pengedaran Risalah Doa Sempena Minggu Peperiksaan
| 4.1 Risalah-risalah doa penerang hati dan sebagainya akan diedarkan ke setiap bilik oleh biro akademik untuk setiap pelajar muslim bermula minggu selepas cuti raya. |
5. Arkib Akademik PMI
| 5.1 Objektif : Pengumpulan semula nota-nota pelajar untuk simpanan biro akademik pmi Catatan : Setiap penghujung semester latihan-latihan tutorial serta jawapan-jawapan past year yang dibuat pelajar akan dikumpulkan untuk disimpan bagi kegunaan pelajar-pelajar yang akan datang. |
6. Kem Motivasi Pelajar Tahun 1
| 6.1 Masih dalam perancangan untuk dijalankan pada Semester 2. |
Ahli-Ahli Exco Akademik PMI USMKKj sesi 2008/2009
PENGERUSI : AHMAD NAUFAL BIN SUHAIMI (KIMIA 2)
TIMBALAN PENGERUSI : SHARIFAH MAYA FARIDA BT SYED SAHAIMI (KIMIA 3)
PEMBANTU EXCO :
- MOHD FARIZ BIN MAT RAHIM (KIMIA 4)
- MUHAMMAD IRSYAD B. ABD MOKTI (MEKANIK 4)
- MUHAMMAD SYAHMI BIN BORHANUDDIN (ELEKTRONIK2)
- MOHD NORAZMAN AZAHARI B. MOKHTAR (ELEKTRONIK2)
- MUHAMMAD HAFEEZ B MUHAMMAD HARIRI(ELEKTRONIK3)
- NUR SHAFIKAH BT HUSSAIN (BAHAN 2)
- NOOR RAIHANA ABU SEPIAN (KIMIA 2)
- RAIHANA BAHRU (KIMIA 3)
- NURUL IZIAN MD REJAB (KIMIA 2)
- EZLY HAFIZ B. KHALID (AERO 1)
- MOHAMAD NUREZWAN BIN MOKHTAR (ELETRONIK 1)
- HAZWANI HASHIM (ELEKTRONIK 1)
- SITI NUR ELYANI (ELEKTRONIK 1)
- MASTURA AB.AZIZ (ELEKTRIK 1)
Penubuhan Blog Exco Akademik PMI USMKKj
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kerana blog pertama bagi Exco Akademik PMI USMKKj telah berjaya ditubuhkan.
Tujuan blog ini ditubuhkan adalah, memaklumkan berita-berita terkini daripada Exco Akademik PMI USMKKj, disamping hasil-hasil tulisan sebagai peringatan kepada kita semua.
InsyaAllah, saya berharap, blog ini akan dapat digunakan oleh semua ahli-ahli PMI sebaik-baiknya dan bersama-sama mendapat manfaat.
Saya selaku Pengerusi Exco Akademik PMI USMKKj sesi 2008/2009, mengharapkan sokongan anda semua, demi sedekah jariah yang kita lakukan bersama-sama ini. Moga ia mendapat keredhaan Allah swt. InsyaAllah






