Abstrak :
Melalui perancangan yang dibuat oleh Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Islam pada sidang 2007/2008, kumpulan smart group merupakan salah satu cabang aktiviti yang dianjurkan oleh exco akademik. Namun begitu, aktiviti ini tidak mendapat sambutan dan mempunyai pelbagai masalah yang perlu diatasi. Sehubungan dengan itu, exco akademik 2008/2009, akan membuat sedikit pembaharuan dengan projek ‘Kumpulan Smart Group’.
Pengenalan :
Kumpulan Akrab merupakan salah satu aktiviti konsisten di bawah kelolaan exco tarbiyah Persatuan Mahasiswa Islam. Kumpulan akrab ini dilihat mempunyai potensi yang besar dalam melakukan segala aktiviti yang dijalankan oleh PMI. Melalui kumpulan akrab ini, Exco Akademik ingin menggunakan pendekatan kumpulan akrab untuk menjayakan projek ‘Kumpulan Smart Group’. Dalam perjumpaan kumpulan akrab, naqib/naqibah perlu mewujudkan slot baru selain slot-slot yang ditelah digariskan oleh Exco Tarbiyah.
Rasional :
Akademik merupakan matlamat utama bagi seseorang pelajar. Seseorang pelajar tidak boleh lari daripada tugasan yang diberikan oleh pensyrah. Bagi sesetengah pelajar, mereka perlu dibantu supaya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Melalui kumpulan akrab, projek dapat meluaskan lagi fungsi dan skop kumpulan akrab supaya ia lebih meluas lagi selain meningkatkan silaturahim dan sikap tolong menolong antara satu sama lain. Tambahan pula, kebanyakan ahli kumpulan akrab adalah daripada pusat pengajian yang sama. Ia akan meningkatkan lagi keberkesanan ‘Kumpulan Smart Group’.
Modus Operandi :
1. Naqib/Naqibah kumpulan usrah akan memaklumkan perjumpaan kumpulan akrab mengenai perjumpaan mingguan dan juga mengingatkan ahli-ahli kumpulan usrah untuk membawa soalan tutorial bagi subjek Mathematic Engineering (Contoh. Soalan tutorial ini akan digunakan di dalam slot akademik)
2. Perjumpaan kumpulan akrab dijalankan seperti biasa mengikut slot-slot yang disusun oleh naqib/naqibah sendiri.
3. Pada waktu slot akademik tiba, naqib/naqibah mengarahkan ahli-ahli usrah untuk mengeluarkan soalan tutorial tersebut. Naqib/naqibah akan menyemak kerja-kerja atau jalan kerja yang telah dibuat oleh ahli-ahli usrah.
4. Jika terdapat soalan yang bermasalah, para naqib/naqibah akan cuba untuk membantu dengan sedaya yang mungkin ataupun memberi ruang ahli-ahli usrah untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka semasa membuat soalan latihan tersebut.
5. Jika masih mempunyai masalah, para naqib/naqibah akan mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. (Contohnya, cadangan berjumpa pensyarah atau cadangan buku rujukan dan nota)
Senarai Slot Akademik :
1. Membuat soalan-soalan tahun lepas.
2. Membuat soalan-soalan tutorial.
3. Membuat soalan-soalan daripada buku rujukan.
4. Membuat kelas pengajaran dan pembelajaran ringkas.
5. Perbincangan tips oleh para naqib/naqibah.
6. Membuat nota ringkas.
Senarai Subjek :
Bagi pelajar tahun pertama, subjek-subjek yang digalakkan adalah subjek umum seperti Mathematic Engineering, Mechanic Engineering dan banyak lagi (mengikut kesesuaian kumpulan).Bagi pelajar tahun dua dan ke atas, subjek-subjek yang boleh diadakan adalah subjek yang boleh diadakan mengikut kesesuaian ahli kumpulan masing-masing.
Penutup :
Diharap semua ahli Persatuan Mahasiswa Islam dapat memberi kerjasama dalam menjayakan projek ini. Setiap ahli memberi impak yang besar dalam menjayakan projek ini. Bagi naqib/naqibah, anda merupakan nadi penggerak bagi permulaan menjayakan program ini.

No comments:
Post a Comment