Final Exam Countdown

Friday, October 17, 2008

Majlis Solat Hajat Perdana

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Selawat Dalam Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum wbt.

DALAM sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hak seorang Islam terhadap seorang Islam yang lain adalah sebanyak enam perkara: 1- Apabila engkau berjumpa hendaklah memberi salam kepadanya, 2- Apabila dia menjemput hendaklah diterima jemputannya itu, 3- Apabila dia minta nasihatmu maka nasihatilah dia, 4- Apabila dia bersin dan memuji Allah maka hendaklah engkau doakan pujian itu dengan berkata Yarhamkallah, 5-Apabila dia sakit lawatilah dan 6- Apabila dia meninggal dunia iringilah jenazahnya.”

Exco Akademik PMI, dengan ini ingin menjemput semua warga Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia untuk ke Majlis Solat Hajat Perdana.

Majlis akan bermula solat Maghrib. Majlis Bacaan Yassin. Selepas Solat Isya', akan diikuti dengan solat Hajat.

Majlis ini adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Islam dengan kerjasama Majlis Penghuni Desasiswa Jaya dan Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran.

Berikut adalah butiran mengenai majlis tersebut.

Tempat : Pusat Islam
Tarikh : 23 Oktober 2008
Waktu : Waktu Maghrib


Semua warga kampus dijemput hadir

0 comments: