Selawat Dalam Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
Assalamualaikum wbt.
MANUSIA tidak luput daripada salah, khilaf dan dosa. Namun sebaik-baik orang yang berbuat salah dan dosa adalah mereka yang cepat kembali kepada Allah SWT seraya memohon ampun kepada-Nya.
Ini yang dikatakan Allah SWT dalam firman yang bermaksud:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah SWT itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)
Mechanic EngineeringExco Akademik PMI memohon kemaafan kepada semua pelajar pada tahun pertama, kerana memberi maklumat yang salah mengenai kelas Mechanic Engineering oleh Dr Roslan telah dibatalkan. Diharap pada hari itu, ia tidak membawa masalah-masalah besar kepada adik-adik pada hari tersebut. Segala perkara yang berlaku itu ada hikhmahnya. Kita, manusia yang dikurniakan akal oleh ALLAH SWT, harus memikirkan sejenak untuk menambahkan taqwa kita sebagai hamba-Nya.
Mathematic Engineering
Hari : Rabu
Tarikh : 15 Oktober 2008
Tempat : Dewan Kuliah 2
Pn. Norizah telah membuat semakan berkenaan skema jawapan yang telah dihantar oleh pelajar tahun pertama mengikut susunan soalan dan tahun. Dukacita dimaklumkan bahawa, komitmen pelajar tahun pertama agak kurang memuaskan dalam menyiapkan skema jawapan untuk soalan-soalan tahun lepas. Pn. Norizah memberi peluang kepada pelajar tahun pertama yang masih belum menyiapkan tugasan mereka sehingga hari Jumaat, 17 Oktober 2008.
Pn. Norizah memaklumkan bahawa satu kelas terakhir bagi Mathematic Engineering akan dibuat pada, Hari Selasa bersamaan 28 Oktober 2008. Semua pelajar tahun pertama dijemput hadir.

No comments:
Post a Comment