Final Exam Countdown

Sunday, September 28, 2008

Arkib Akademik PMI

Abstrak :

Persatuan Mahasiswa Islam perlu mengorak langkah dalam merancang sesuatu yang lebih jauh kedepan. Perancangan yang teliti mengenai sesuatu projek pada masa kini akan dapat member kesan pada masa akan dating. Exco Akademik PMI, memperkenalkan Arkib Akademik PMI.

Pengenalan :

Arkib Akademik PMI adalah sesuatu yang baru diperkenalkan pada tahun ini namun perjalanan projeknya mungkin pernah dijalankan pada sebelum ini. Ia merupakan projek untuk mengumpul soalan-soalan kertas peperiksaan untuk kegunaan ahli-ahli PMI. Seperti projek ‘Kumpulan Smart Group’, projek ini juga akan menggunakan pendekatan kumpulan akrab.

Rasional :

Mewujudkan satu arkib soalan-soalan akademik bagi setiap subjek dan mengikut pusat pengajian. Disebabkan ini merupakan tahun pertama menjalankan aktiviti ini, Exco Akademik akan menumpukan terhadap subjek-subjek tahun pertama kejuruteraan.

Modus Operandi :

1. Naqib/naqibah akan membeli sebuah fail kertas.

2. Apabila tiba masa tamat satu sem atau pada permulaan sem baru, para naqib/naqibah akan mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli akrab.

3. Naqib/Naqibah akan meminta ahli-ahli akrab menghantar segala soalan-soalan tutorial dan soalan-soalan kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas beserta dengan jalan kerjanya. (Jika ahli akrab ingin menggunakan soalan-soalan tersebut untuk kegunaan lain, minta dibuat salinan fotostat)

4. Setelah dikumpulkan, para naqib/naqibah perlu menghantarkan kepada exco akademik untuk disimpan.

5. Pada sidang akan dating, fail-fail yang dihantar ini akan diberikan kepada para naqib/naqibah untuk digunakan dalam slot akademik perjumpaan akrab.

Senarai Subjek yang diperlukan :

1. Mathemathic Engineering

2. Mechanic Engineering

3. Material Engineering

4. Technology Electric

Penutup :

Diharap semua ahli Persatuan Mahasiswa Islam dapat memberi kerjasama dalam menjayakan projek ini. Setiap ahli memberi impak yang besar dalam menjayakan projek ini. Bagi naqib/naqibah, anda merupakan nadi penggerak bagi permulaan menjayakan program ini.

No comments: