Final Exam Countdown

Monday, February 23, 2009

Kelas IFE kembali lagi menemui anda !!!!!

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya,

Assalamualaikum wbt ...

Kelas Intelect Final Exam (IFE) akan menemui pelajar tahun pertama untuk semester kedua. Pada sem ini, Exco Akademik PMI akan mengadakan kelas untuk subjek Numerical Method & Statistical Engineering, dan subjek Technology Elektrik.

Berikut adalah butir-butir mengenai kelas tersebut ...

Kelas 1 - 11 Mac 2009 - Math (kelas 1) -
Complex Variable

Kelas 2 - 18 Mac 2009 - Techno E (kelas 1) -
Mesh and Nodal Analysis, Thevenin and Norton Theorem, Superposition

Kelas 3 - 25 Mac 2009 - Math (kelas 2) -
Vector Calculus

Kelas 4 - 1 April 2009 - Techno E (kelas 1) -
Inductance,capasitance and Transient analysis

Hari : Setiap hari Rabu
Tempat : Bilik MEK 1, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik
Waktu : 5.00 petang ke 6.15 petang

Kami menjemput semua untuk datang ke kelas ini. Sebarang pertanyaan dan komen, boleh disuarakan di comment post ini.

Sekian terima kasih

Monday, February 9, 2009

Taburan untuk keputusan Final Exam Semester 1

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Assalamualaikum wbt

Pada semester lepas, beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh exco akademik PMI bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun satu seperti kelas Intelect Final Exam dan kumpulan Smart Group. Sehubungan dengan itu, kami daripada pihak exco akademik ingin menunjukkan taburan keputusan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti2 tersebut. Pelajar ini kebanyakkannya merupakan pelajar yang berada di bawah usrah kumpulan akrab, yang dipimpin oleh ahli-ahli PMI.

Berikut adalah keputusan tersebut : (Updated 9th Feb)


Tahniah kepada pelajar yang berjaya. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, masih terdapat peluang untuk memperbaiki diri anda semua kerana pada semester ini juga exco akademik PMI KKj akan mengadakan kelas Intelect Final Exam bagi subjek Technology Electric dan Math Eng 2 yang dijangkakan akan bermula diawal bulan tiga nanti,malah kami juga telah menyediakan soalan2 bagi kumpulan Smart Group untuk setiap minggu dimana soalan2 yang kami sediakan itu adalah berdasarkan apa yang dipelajari oleh pelajar2 tahun satu bagi minggu tersebut. Diharapkan dengan usaha kecil daripada kami ini dapat membantu adik2 dalam mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti. Akhir kata dari kami, banyakkan berdoa kepada Allah, dan berusahalah bersungguh-sungguh, insyaAllah dengan izinNya adik2 akan beroleh kejayaan didunia mahupun diakhirat kelak..wassalam

Sunday, February 8, 2009

Tempahan Pass Year Paper

Assalmualaikum wbt.

Exco Akademik akan mengambil tempahan untuk pass year paper melalui naqib/naqibah dan juga melalui blog akademik ini. Pass Year yang dijual adalah seperti berikut :

Numerical Method & Statistical Engineering EUM 112 => RM 5
Electrical Technology EEU104 => RM 6

Bagi Pass Year Numerical Method & Statistical Eng, pass year beserta cadangan jawapan yang terdapat di dalam naskah tersebut adalah dari tahun 2004-2007.
Manakala bagi Electrical Technology, pass year beserta cadangan jawapan yang terdapat dalam naskah tersebut adalah dari tahun 2005-2007.

Sila sertakan nama, school, no. bilik dan no telefon untuk menempah set pass year ini.
Tempahan boleh dibuat melalui naqib/naqibah kumplan akrab masing-masing ataupun bolehlah menghantar maklumat di atas ke 012-2310538
Harap maklum





Saturday, February 7, 2009

Tingkatkan Daya Ingatan


Anda merasakan anda sudah tua kerana sikap anda yg pelupa? Anda asyik lupa di mana kali akhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi lebih serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah dengan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.


Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Sumber: iLuvislam.com

Sunday, February 1, 2009

Hadis : Berdoalah kamu untuk saudara islam

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." Abu ad-Darda' r.a

Huraian :
Pengajaran hadis:
i) Doa dari seorang Islam kepada saudara Islamnya yang lain dengan harapan semoga ia beroleh kebaikan atau terselamat dari bala bencana adalah dituntut oleh syarak sama ada setahu orang yang didoakan itu atau tidak.

ii) Sesungguhnya setiap kebaikan (doa) yang dipohon itu akan turut diaminkan oleh malaikat dalam erti kata agar doa itu dikabulkan oleh Allah S.W.T bahkan orang yang berdoa itu sendiri akan beroleh kebaikan yang sama sebagai menghargai keikhlasan hatinya mendoakan saudaranya itu.

Sumber : www.dakwah2u.blogspot.com