Assalamualaikum wbt
Perhatian kepada semua naqib dan naqibah, set soalan 2,3 dan 4 beserta dengan jawapan bagi subjek Math Eng 2 dan Tech Electric untuk kumpulan Smart Group telahpun siap dan berada dalam simpanan exco akademik. Set soalan tersebut sepatutnya sudahpun diedarkan kepada setiap naqib dan naqibah untuk diedarkan kepada adik usrah masing2 tetapi terdapat sedikit masalah yang menyebabkan kami tidak dapat mengedarkan set2 soalan tersebut dan exco kami meminta maaf diatas sebab2 tersebut. Oleh kerana itu kami ingin meminta jasa baik daripada setiap naqib dan naqibah untuk mengambil set2 soalan tersebut daripda kami untuk diedarkan kepada adik usrah masing2.Bagi wakil muslimin set soalan tersebut boleh diambil daripada saudara Naufal (Kimia 2) dan bagi wakil muslimat set tersebut boleh diambil daripada saudari Raihana(Kimia 2). Kerjasama daripada setiap naqib/naqibah amatlah kami harapkan dalam usaha kita untuk membantu adik2 dalam akademik mereka.

Kepada adik2 tahun satu yang tidak terlibat dengan kumpulan usrah ataupun kumpulan akrab yang ingin mendapatkan set2 soalan tersebut bolehlah mendapatkannya daripada wakil yang telah disebutkan diatas.
Semoga usaha yang kecil dari kita ini mendapat keberkatan disisi-Nya,insyaAllah.
Sebarang pertanyaan mengenai SMART GROUP bolehlah diajukan disini.Wassalam.

No comments:
Post a Comment