Assalamualaikum wbt
Pada semester lepas, beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh exco akademik PMI bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun satu seperti kelas Intelect Final Exam dan kumpulan Smart Group. Sehubungan dengan itu, kami daripada pihak exco akademik ingin menunjukkan taburan keputusan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti2 tersebut. Pelajar ini kebanyakkannya merupakan pelajar yang berada di bawah usrah kumpulan akrab, yang dipimpin oleh ahli-ahli PMI.
Berikut adalah keputusan tersebut : (Updated 9th Feb)
Tahniah kepada pelajar yang berjaya. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, masih terdapat peluang untuk memperbaiki diri anda semua kerana pada semester ini juga exco akademik PMI KKj akan mengadakan kelas Intelect Final Exam bagi subjek Technology Electric dan Math Eng 2 yang dijangkakan akan bermula diawal bulan tiga nanti,malah kami juga telah menyediakan soalan2 bagi kumpulan Smart Group untuk setiap minggu dimana soalan2 yang kami sediakan itu adalah berdasarkan apa yang dipelajari oleh pelajar2 tahun satu bagi minggu tersebut. Diharapkan dengan usaha kecil daripada kami ini dapat membantu adik2 dalam mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti. Akhir kata dari kami, banyakkan berdoa kepada Allah, dan berusahalah bersungguh-sungguh, insyaAllah dengan izinNya adik2 akan beroleh kejayaan didunia mahupun diakhirat kelak..wassalam

2 comments:
salam
alhmdulillah, hbt2 adik2 nih sume
ramai yang dapat score 3 pointer ke atas
truskn usaha
pada yang belum capai 3 pointer
jgn khuatir kerana masih belum terlambat
perjalanan korg masih jauh (sdh,diriku da hmpr berakhir sbg undergrade)
ok,bittaufiqwannajah
yakin dgn usaha dan perjalanan doa ntum, jgn takut kn cabaran kerana itu la ujian Allah pada hamba2NYA yang beriman (al-mulk:2)
Alhamdulillah,adik2 kita ni pandai2 sebenarnya,tambah dengan sikit usaha lagi disertakan dengan niat dan ibadat yang betul di jalan Allah SWT dan seterusnya bertawakkal kepada-Nya,insyaAllah semua akan beroleh kejayaan..seperti firman Allah didalam Al Quran " Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang megubah nasib mereka"
Post a Comment