Final Exam Countdown

Monday, January 5, 2009

Qunut Nazilah


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Assalamualaikum wbt ..

Bantulah saudara-saudara kita di Palestin yang telah dikejami oleh Yahudi Laknatullah. Ini antara usaha yang kita boleh lakukan untuk menolong mereka. Amalakanlah ia di dalam solat



Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu Ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan yang penuh raksasa, Wahai Tuhan yang bersifat murka

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka
ameen...

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. terima kasih atas post blog qunut nazilah ... tapi nak bace pada waktu bila yer ???

Anonymous said...

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Kita boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

selain itu doa nazilah ini juga boleh dibaca selepas solat.

Anonymous said...

Haa ... btui2 ... dulu2 masa kat sekolah, penah buat, time solat2 dua rakaat ... syukran atas perkongsian semua