Final Exam Countdown

Sunday, September 28, 2008

Arkib Akademik PMI

Abstrak :

Persatuan Mahasiswa Islam perlu mengorak langkah dalam merancang sesuatu yang lebih jauh kedepan. Perancangan yang teliti mengenai sesuatu projek pada masa kini akan dapat member kesan pada masa akan dating. Exco Akademik PMI, memperkenalkan Arkib Akademik PMI.

Pengenalan :

Arkib Akademik PMI adalah sesuatu yang baru diperkenalkan pada tahun ini namun perjalanan projeknya mungkin pernah dijalankan pada sebelum ini. Ia merupakan projek untuk mengumpul soalan-soalan kertas peperiksaan untuk kegunaan ahli-ahli PMI. Seperti projek ‘Kumpulan Smart Group’, projek ini juga akan menggunakan pendekatan kumpulan akrab.

Rasional :

Mewujudkan satu arkib soalan-soalan akademik bagi setiap subjek dan mengikut pusat pengajian. Disebabkan ini merupakan tahun pertama menjalankan aktiviti ini, Exco Akademik akan menumpukan terhadap subjek-subjek tahun pertama kejuruteraan.

Modus Operandi :

1. Naqib/naqibah akan membeli sebuah fail kertas.

2. Apabila tiba masa tamat satu sem atau pada permulaan sem baru, para naqib/naqibah akan mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli akrab.

3. Naqib/Naqibah akan meminta ahli-ahli akrab menghantar segala soalan-soalan tutorial dan soalan-soalan kertas soalan peperiksaan tahun-tahun lepas beserta dengan jalan kerjanya. (Jika ahli akrab ingin menggunakan soalan-soalan tersebut untuk kegunaan lain, minta dibuat salinan fotostat)

4. Setelah dikumpulkan, para naqib/naqibah perlu menghantarkan kepada exco akademik untuk disimpan.

5. Pada sidang akan dating, fail-fail yang dihantar ini akan diberikan kepada para naqib/naqibah untuk digunakan dalam slot akademik perjumpaan akrab.

Senarai Subjek yang diperlukan :

1. Mathemathic Engineering

2. Mechanic Engineering

3. Material Engineering

4. Technology Electric

Penutup :

Diharap semua ahli Persatuan Mahasiswa Islam dapat memberi kerjasama dalam menjayakan projek ini. Setiap ahli memberi impak yang besar dalam menjayakan projek ini. Bagi naqib/naqibah, anda merupakan nadi penggerak bagi permulaan menjayakan program ini.

Kumpulan Smart Group

Abstrak :

Melalui perancangan yang dibuat oleh Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Islam pada sidang 2007/2008, kumpulan smart group merupakan salah satu cabang aktiviti yang dianjurkan oleh exco akademik. Namun begitu, aktiviti ini tidak mendapat sambutan dan mempunyai pelbagai masalah yang perlu diatasi. Sehubungan dengan itu, exco akademik 2008/2009, akan membuat sedikit pembaharuan dengan projek ‘Kumpulan Smart Group’.

Pengenalan :

Kumpulan Akrab merupakan salah satu aktiviti konsisten di bawah kelolaan exco tarbiyah Persatuan Mahasiswa Islam. Kumpulan akrab ini dilihat mempunyai potensi yang besar dalam melakukan segala aktiviti yang dijalankan oleh PMI. Melalui kumpulan akrab ini, Exco Akademik ingin menggunakan pendekatan kumpulan akrab untuk menjayakan projek ‘Kumpulan Smart Group’. Dalam perjumpaan kumpulan akrab, naqib/naqibah perlu mewujudkan slot baru selain slot-slot yang ditelah digariskan oleh Exco Tarbiyah.

Rasional :

Akademik merupakan matlamat utama bagi seseorang pelajar. Seseorang pelajar tidak boleh lari daripada tugasan yang diberikan oleh pensyrah. Bagi sesetengah pelajar, mereka perlu dibantu supaya dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan. Melalui kumpulan akrab, projek dapat meluaskan lagi fungsi dan skop kumpulan akrab supaya ia lebih meluas lagi selain meningkatkan silaturahim dan sikap tolong menolong antara satu sama lain. Tambahan pula, kebanyakan ahli kumpulan akrab adalah daripada pusat pengajian yang sama. Ia akan meningkatkan lagi keberkesanan ‘Kumpulan Smart Group’.

Modus Operandi :

1. Naqib/Naqibah kumpulan usrah akan memaklumkan perjumpaan kumpulan akrab mengenai perjumpaan mingguan dan juga mengingatkan ahli-ahli kumpulan usrah untuk membawa soalan tutorial bagi subjek Mathematic Engineering (Contoh. Soalan tutorial ini akan digunakan di dalam slot akademik)

2. Perjumpaan kumpulan akrab dijalankan seperti biasa mengikut slot-slot yang disusun oleh naqib/naqibah sendiri.

3. Pada waktu slot akademik tiba, naqib/naqibah mengarahkan ahli-ahli usrah untuk mengeluarkan soalan tutorial tersebut. Naqib/naqibah akan menyemak kerja-kerja atau jalan kerja yang telah dibuat oleh ahli-ahli usrah.

4. Jika terdapat soalan yang bermasalah, para naqib/naqibah akan cuba untuk membantu dengan sedaya yang mungkin ataupun memberi ruang ahli-ahli usrah untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka semasa membuat soalan latihan tersebut.

5. Jika masih mempunyai masalah, para naqib/naqibah akan mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. (Contohnya, cadangan berjumpa pensyarah atau cadangan buku rujukan dan nota)

Senarai Slot Akademik :

1. Membuat soalan-soalan tahun lepas.

2. Membuat soalan-soalan tutorial.

3. Membuat soalan-soalan daripada buku rujukan.

4. Membuat kelas pengajaran dan pembelajaran ringkas.

5. Perbincangan tips oleh para naqib/naqibah.

6. Membuat nota ringkas.

Senarai Subjek :

Bagi pelajar tahun pertama, subjek-subjek yang digalakkan adalah subjek umum seperti Mathematic Engineering, Mechanic Engineering dan banyak lagi (mengikut kesesuaian kumpulan).Bagi pelajar tahun dua dan ke atas, subjek-subjek yang boleh diadakan adalah subjek yang boleh diadakan mengikut kesesuaian ahli kumpulan masing-masing.

Penutup :

Diharap semua ahli Persatuan Mahasiswa Islam dapat memberi kerjasama dalam menjayakan projek ini. Setiap ahli memberi impak yang besar dalam menjayakan projek ini. Bagi naqib/naqibah, anda merupakan nadi penggerak bagi permulaan menjayakan program ini.

JEMPUTAN KE KELAS INTELECT FINAL EXAM

Merujuk perkara di atas, Exco Akademik Persatuan Mahasiswa Islam untuk menjemput ahli-ahli PMIUSMKKj untuk menyertai program pemantapan akademik pelajar untuk sidang 2008/2009.

2. Kelas Intelect Final Exam merupakan aktiviti yang dijalankan hampir setiap sidang ini, adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar Tahun 1. Kelas ini merupakan kelas tambahan untuk para pelajar bersama-sama dengan pensyarah selain dari waktu kuliah. Berikut adalah butiran mengenai kelas tersebut :

Engineering Mathematics

Masa : 2.30 ptg – 3.30 ptg

Hari : Setiap hari Rabu

Tempat : Bilik Tutorial/Bilik Kuliah PPKEE

Perjalanan Program : Minggu 12 – Pendaftaran ke kelas IFE

Minggu 12 – 24 September 2008 – Kelas 1

Minggu 14 – 8 Oktober 2008 – Kelas 2

Minggu 15 – 15 Oktober 2008 – Kelas 3

Minggu 16 – 22 Oktober 2008 – Kelas 4

Minggu 17 – 29 Oktober 2008 – Kelas

Modul : Soalan Tutorial dan soalan-soalan tahun

lepas

Engineering Mechanics

Masa : 5.00 ptg – 6.00 ptg

Hari : Setiap hari Rabu

Tempat : Bilik Kuliah MEK 1 (PPKM)

Perjalanan Program : Minggu 12 – 24 September 2008 – Kelas 1

Minggu 14 – 8 Oktober 2008 – Kelas 2

Minggu 15 – 15 Oktober 2008 – Kelas 3

Minggu 16 – 22 Oktober 2008 – Kelas 4

Minggu 17 – 29 Oktober 2008 – Kelas 5

Modul : Soalan daripada buku ‘STATIC’ dan

‘DYNAMIC’

3. Kerjasama dan perhatian daripada ahli-ahli PMI sekelian amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Pembentangan Perancangan Exco Akademik Sesi 2008/2009

1. Intelect Final Exam

1.1 Semester 1

1.1.1 Subjek : Mathematic Engineering

Pensyarah : Pn. Norizah Mohamad

Masa : Minggu ke-12 dan 3 minggu selepas

Cuti Raya

Modul : Soalan Past Year dan soalan Tutorial

Aktiviti : Minggu 12 – Pendaftaran Kelas di PPKEE

(luar bilik Pn.Norizah)

Minggu 14 – Kelas pertama ;

Hari : Rabu

Masa : 2.30 pm – 3.30 pm

Minggu 15 – Kelas kedua ;

Hari : Rabu

Masa : 2.30 pm – 3.30 pm

Minggu 16 – Kelas ketiga ;

Hari : Rabu

Masa : 2.30 pm – 3.30 pm

1.1.2 Subjek : Mechanical Engineering

Pensyarah : Dr.Roslan

Catatan : Modul,masa serta aktiviti untuk Mechanic Eng tidak

dapat ditetapkan lagi kerana masih tidak mendapat

maklum balas daripada Dr.Roslan.

1.2 Semester 2

Catatan :

Kelas untuk Intellec Final Exam masih akan diteruskan bagi

Subjek :

i. Mathematic 2 Engineering

ii. Technology Electric



2. Kumpulan Smart Group

2.1 Sasaran peserta : Ahli kumpulan akrab (setiap kumpulan

akrab membentuk satu kumpulan study

group)

Masa : Semasa perjumpaan kumpulan akrab

Modul : Soalan-soalan tutorial dan past year

Catatan :

Naqib dan Naqibah memainkan peranan penting untuk memastikan sedikit masa diluangkan semasa perjumpaan kumpulan akrab bagi adik-adik membuat study group membincangkan masalah tutorial dan past year.


3. Bacaan Yassin Dan Solat Hajat Perdana

3.1 Masa : Selepas cuti Raya Aidilfitri

Tempat : Pusat Islam

Sasaran peserta : Pelajar kampus kejuruteraan

Catatan :

Air mineral dan risalah doa akan diedarkan kepada pelajar pada hari kejadian.


4. Pengedaran Risalah Doa Sempena Minggu Peperiksaan

4.1 Risalah-risalah doa penerang hati dan sebagainya akan

diedarkan ke setiap bilik oleh biro akademik untuk setiap

pelajar muslim bermula minggu selepas cuti raya.


5. Arkib Akademik PMI

5.1 Objektif : Pengumpulan semula nota-nota pelajar untuk

simpanan biro akademik pmi

Catatan :

Setiap penghujung semester latihan-latihan tutorial serta jawapan-jawapan past year yang dibuat pelajar akan dikumpulkan untuk disimpan bagi kegunaan pelajar-pelajar yang akan datang.


6. Kem Motivasi Pelajar Tahun 1

6.1 Masih dalam perancangan untuk dijalankan pada

Semester 2.

Ahli-Ahli Exco Akademik PMI USMKKj sesi 2008/2009

Senarai Penggerak Kerja Exco Akademik PMI USMKKj 2008/2009

PENGERUSI : AHMAD NAUFAL BIN SUHAIMI (KIMIA 2)


TIMBALAN PENGERUSI : SHARIFAH MAYA FARIDA BT SYED SAHAIMI (KIMIA 3)


PEMBANTU EXCO :

  1. MOHD FARIZ BIN MAT RAHIM (KIMIA 4)
  2. MUHAMMAD IRSYAD B. ABD MOKTI (MEKANIK 4)
  3. MUHAMMAD SYAHMI BIN BORHANUDDIN (ELEKTRONIK2)
  4. MOHD NORAZMAN AZAHARI B. MOKHTAR (ELEKTRONIK2)
  5. MUHAMMAD HAFEEZ B MUHAMMAD HARIRI(ELEKTRONIK3)
  6. NUR SHAFIKAH BT HUSSAIN (BAHAN 2)
  7. NOOR RAIHANA ABU SEPIAN (KIMIA 2)
  8. RAIHANA BAHRU (KIMIA 3)
  9. NURUL IZIAN MD REJAB (KIMIA 2)
  10. EZLY HAFIZ B. KHALID (AERO 1)
  11. MOHAMAD NUREZWAN BIN MOKHTAR (ELETRONIK 1)
  12. HAZWANI HASHIM (ELEKTRONIK 1)
  13. SITI NUR ELYANI (ELEKTRONIK 1)
  14. MASTURA AB.AZIZ (ELEKTRIK 1)

Penubuhan Blog Exco Akademik PMI USMKKj

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kerana blog pertama bagi Exco Akademik PMI USMKKj telah berjaya ditubuhkan.

Tujuan blog ini ditubuhkan adalah, memaklumkan berita-berita terkini daripada Exco Akademik PMI USMKKj, disamping hasil-hasil tulisan sebagai peringatan kepada kita semua.

InsyaAllah, saya berharap, blog ini akan dapat digunakan oleh semua ahli-ahli PMI sebaik-baiknya dan bersama-sama mendapat manfaat.

Saya selaku Pengerusi Exco Akademik PMI USMKKj sesi 2008/2009, mengharapkan sokongan anda semua, demi sedekah jariah yang kita lakukan bersama-sama ini. Moga ia mendapat keredhaan Allah swt. InsyaAllah